Pengenalan Teknik Snr Klasik

Teknik SNR Klasik ini lebih dikenali sebagai teknik CSR100 yang diperkenalkan oleh BRO JGV100 di forum www.carigold.com (forex trading styles) pada tahun 2008. Teknik Snr Klasik ini pada asalnya diperkenalkan oleh trader mat saleh dalam sebuah forum forex terkenal di oversea, sayangnya forum yang membincangkan teknik snr klasik ini telah dipadam.

BRO JGV100 yang memahami akan teknik ini telah memperkenalkan semula dan mengajar secara percuma di forum Carigold dan ia telah dinamakan sebagai teknik CSR 100 bersempena no plat kereta kesayangannya.

Beliau amat komited dalam memberi pembelajaran kepada trader yang berminat dengan ‘naked trading’, untuk mendalami teknik ini. Tulisan dan tips BRO JGV100 dihimpunkan di untuk menjadi rujukan trader Forex dan Saham diluar sana.

Halaman ini dibuat untuk rujukan penulis dan siapapun yang berminat dengan teknik ini secara GRATIS. Diharapkan web ini bisa dijadikan rujukan kepada para peminat teknik ini. Kami juga berharap, bila anda sudah menguasai teknik ini dan anda rasa bermanfaat, tolong ajarkan kepada orang lain. Anda juga diharapkan untuk share setup2 CSR100 yang “CUN” di group fb GROUP FOREX MALAYSIA supaya manfaatnya dapat dikecapi bersama. GROUP FOREX MALAYSIA ini bukan sahaja berkongsi tips trading, bahkan admin group tersebut dan para ahli lain sering melakukan live trade disana, sebuah group yang sangat meriah dan banyak manfaat yang dapat diperolehi.

Leave a Comment

error: Content is protected !!