Kelab forex malaysia

Kami percaya pembaca budiman semua sudah biasa nampak graf seperti ini. Graf yang turun naik ini menjadi tumpuan para trader saham stock dan saham forex. Graf seperti diatas sebenarnya menunjukkan pergerakan harga seperti harga minyak, emas, harga saham dan juga harga pasaran forex. Akan tetapi graf ini lebih popular dikalangan Trader Forex.

Ini pula ialah graf yang dipaparkan dalam smartphone dan kami yakin anda pernah melihat graf begini. Orait jom kita berkenalan dengan forex secara ringkas. Forex yang sebenarnya ialah tempat untuk pelabur-pelabur saham matawang atau lebih dikenali sebagai trader forex untuk menjana income sampingan yang lumayan. Ketika dahulu, forex hanya dibuka untuk company company besar sahaja untuk berdagang. Minimum modal untuk melakukan trading forex ialah 10 000 ribu Usd. Pada tahun 1996, forex mula dibuka untuk trader trader kecil kerana mempunyai banyak permintaan ini kerana mereka nampak potensi forex yang agak besar dan cerah. Untuk mengetahui lebih lanjut forex dan sejarahnya silalah baca di wiki untuk fakta dan info yang lebih detail mengenai forex dan sejarahnya

Cara menjana income dengan forex bukanlah dengan cara mencari orang seperti mana yang dilakukakn oleh scamer scamer M.L.M. forex trading lansung tidak memerlukan anda mencari downline untuk menghasilkan income. Cara sebenar forex menjana income ialah dengan melakukan trading iaitu bertukar matawang asing.

Sejak akhir akhir ini ramai nama forex membusuk kerana telah disalah gunakan oleh sesetengah individu yang tidak bertanggungjawab. Mereka menjadikan forex sebagai platform untuk program M.L.M mereka. Syukur program scam seumpama itu kian pupus sekarang kerana ramai orang telah mempunyai kesedaran akan forex tetapi agak terkilan kerana ramai yang telah tertipu dan berhabis ratusan ribu ringgit gara-gara tidak mempunyai ilmu yang betul dalam forex. Kami menasihatkan anda semua supaya belajarlah ilmu forex yang betul. FOREX BUKAN SKIM CEPAT KAYA tapi anda memang BOLEH KAYA DENGAN FOREX jika ada ilmu yang betul dan In Shaa Allah kami team Kelab Forex Malaysia akan guide anda sehingga anda mampu survive di atas kaki sendiri untuk menghasilkan income melalui forex.

Leave a Comment

error: Content is protected !!