Jangan Trade Forex Jika Anda…

Forex bukan untuk semua orang. Ada beberapa kriteria untuk anda berjaya dalam bidang profesional forex ini. Jangan Trade Forex jika anda mempunyai ciri dan kriteria seperti dibawah

Beranggapan Forex merupakan jalan pintas yang boleh meraih kekayaan dengan segera.

Forex ialah urus dagang yang logikal bukan seperti cepat kaya seperti M.L.M dan skim ponzi yang lain. Forex bukan tempat untuk anda labur duit dan duduk rumah goyang tunggu duit masuk hari-hari. Forex memerlukan pengalaman dan ilmu yang betul untuk berjaya dalam trade forex. Ya forex memang boleh buat anda kaya tapi dengan cara yang betul. Kelab Forex Malaysia akan guide anda menjadi seorang trader yang profesioanl dan berjaya secara percuma

Anda Seorang yang Pemalas Dan Tidak Mahu Belajar serta Tiada Disiplin.

Seperti dinyatakan diatas, Forex trading ialah urus dagang yang logik dan munasabah seperti juga bidang perniagaan lain yang mana memerlukan ilmu dan pengalaman untuk berjaya. Tiada ilmu maka anda tidak akan berjaya dalam apa jua bidang yang anda ceburi, tiads disiplin anda akan gagal juga tidak kira apa jua bidang yang anda terjun, begitu juga dengan Forex Trading.

Menganggap Forex Semudah A.B.C

Forex juga seperti ilmu dan bidang lain. Forex memerlukan anda belajar dan praktis serta istiqomah secara konsisten jika anda mahu berjaya. Hari ini anda belajar esoknya anda sudah boleh jadi seorang doktor ia sungguh mustahil. Hari ini anda belajar forex esoknya anda sudah boleh menjadi kaya raya, buang sikap ini jauh-jauh jika anda serius untuk berjaya dan jana pendapatan dari forex

Anda yang Tidak Sanggup Menanggung risiko kerugian.
Setiap perniagaan ada untung ada rugi itulah berniagaan yang sebenar. Ada masa turun ada masa naik. Matawang itu sendiri ada masa turun ada masa naiknya. Bagaimana nak handle benda ini supaya kita dapat untung berpanjangan ialah dengan ilmu dan disiplin yang betul Kelab Forex Malaysia akan Guide anda antaranya ialah dengan Pengurusan risiko yang betul Keuntungan tetap akan datang sendiri dan menjadi milik anda.

Anda yang tidak memiliki Wang yang anda sanggup Rugi.

Forex tidak sesuai untuk anda jika anda seorang yang terdesak duit. Forex tidak boleh dipengaruhi oleh emosi kerana ia akan mendatangka risiko yang tinggi. Jika anda hanya ada wang yang anda tidak sanggup hilang atau dengan kata lain mempunyai masalah yang teruk, forex bukan tempat untuk anda membuat income.

Anda Seorang Kaki Judi atau Taik Judi.

Juga tidak sesuai untuk anda kerana kebarangkalian untuk anda melakukan Trading secara gamble adalah sangat tinggi. Antara golongan yang gagal teruk dari forex ialah mereka yang suka berjudi iaitu berurus niaga tanpa sebarang ilmu analisis market forex. Forex bukan tempat untuk anda berjudi jangan busukkan nama Forex di mata masyarakat.

Jika dalam diri anda tiada ciri-ciri seperti yang disebutkan diatas, InsyaAllah anda akan menjadi seorang trader yang profesioanal yang mampu mencipta mesin ATM dirumah anda

Leave a Comment

error: Content is protected !!