Bagaimana Forex Boleh Menjana Income Dan Keuntungan

Mesti ramai yang tertanya-tanya bagaimana forex boleh menjana income. Perlu cari orang kah? Perlu modal yang besarkah?aha ingat ya forex bukan skim cepat kaya aka multilevel marketing. Bagaimana Forex Boleh Menjana Income ialah dengan “Trade Forex” bukan cari orang masuk bawah downline. Forex Real Perniagaan.

Bagaimana Forex Boleh Menjana Income

Seperti juga Saham Stock yang ada di BSKL dan perniagaan lain, iaitu beli dengan harga murah dan jual dengan harga tinggi. Akan tetapi Stock saham ialah pasaran satu hala, dimana jika anda ingin untung, anda perlu beli dengan harga rendah dan jual dengan harga tinggi. Forex ialah pasaran dua hala iaitu harga rendah pun anda boleh untung, harga tinggi pun anda boleh buat untung. Itulah hebatnya forex.

Ok kita kembali semula kepada tajuk utama kita iaitu bagaimana forex boleh menjana income sampingan atau lumayan. Keuntungan diperolehi dengan perbezaan harga sesuatu matawang. Mari kita lihat contohnya supaya anda lebih jelas.

Setelah anda buat analisa market Forex sama dengan Teknikal Analisis atau Fundimental Analisis, anda mendapati bahawa pasangan matawang EURO dan USD bakal menjunam jatuh.

p/s: Untuk trade forex, anda perlu memilih pasangan matawang contoh euro dan usd atau gbp usd. Tidak boleh trade dengan hanya 1 matawang. Dah nama pun Exchange…

Orait kita teruskan, katakan pada hari isnin harga semasa pasangan matawang EurUsd (euro berpasangan dengan usd) iaitu 1.1830 dan anda menjangkakan dengan analisa anda “Pair” (eurusd) tersebut akan jatuh (bermaksud USD lebih kuat dari EURO) maka anda Ambil position Sell ( Jual EURO beli USD)

dua hari kemudian (rabu) Pair EurUsd tersebut jatuh hingga ke harga 1.1610. dan anda ingin close position sell pd harga tersebut, Maka..

Untuk mengira keuntungan kita lihat perbezaan harga pair eurusd pada hari isnin dan hari rabu. Harga hari isnin (1.1830) – harga hari rabu (1.1610)

1.1830-1.1610=0.0220 perbezaannya ialah 220 dan nilai ini dipanggil “Pips”. 220 pips ini ialah nilai keuntungan anda. Seterusnya Nilai pips darab pula dengan Nilai Lot position Sell yg anda masuk pada hari isnin tersebut. Katakan anda masuk dengan Lot 3 USD maka:

220 PIP x 3 USD = 660 USD!!!

katakan 1 USD = RM 4.30

maka keuntungan dagangan anda selama 2 hari tersebut ialah RM 2838!!

Mari lihat gambaran berbentuk Rajah supaya anda lebih jelas.

Berpandukan hambar diatas, anda telah beli (open buy position) sebuah pair matawang. Katakan pair EurUsd pada harga 1.5114 dengan lot 1 Usd. Pada keesokan harinya price melonjak naik seperti gambar dibawah

Harga melonjak naik sehingga ke harga 1.5256. Position buy anda mengalami keuntungan dan anda mahu close position anda. Mari kita kira berapakah keuntungan trading anda.

Nilai perbezaan harga (pip): 1.5256-1.5114=0.0142. Maka pip yang anda dapat ialah 142 pip. Jumlah pip darab pula dengan nilai lot yang anda masuk iaitu 1 Usd. Maka..

142×1 Usd= 142 Usd

142Usd x RM 4.30 = RM 610.60

Untung bersih anda ialah RM 610.60 dalam tempoh 24 jam sahaja!

Fuhh!! …. Anda sudah jelas bagaimana forex boleh menjana income? Ya beginilah yang sebenar benarnya. Tidak perlu mencari orang. Anda kuli anda lah bosnya. Untuk menjadi trader forex yang konsisten dan berjaya, segalanya perlukan ilmu dan anda sangat beruntung kerana Kelab Forex Malaysia akan mendedahkan sehabis habisnya cara menjadi seorang trader yang berjaya.

Leave a Comment

error: Content is protected !!