Apa Itu Forex Dan Berapa Besarkah Market Forex

Ramai yang tertanya tanya FOREX ni apa ke benda, Apa itu Forex, macam mana Forex bekerja untuk menghasilkan income. Tidak kurang juga ramai yang salah anggap Forex ni skim cepat kaya, Multi Level Marketing dan yang lebih parah menganggap Forex sebagai mesin judi. Supaya anda jelas, mari kita berkenalan dengan Forex dan tahu makna sebenar apa itu forex bersama Kelab Forex Malaysia.

Foreign Exchange

FOREX merupakan singkatan dari Foreign Exchange iaitu pertukaran Mata wang asing. Semua mata wang dalam dunia terlibat dengan Forex. Ia juga dikenali sebagai Saham mata Wang. Market Forex sangat luas jika nak dibandingkan dengan Market lain Seperti Saham Stock yang ditawarkan oleh pihak bank. Oh ya, sekarang bank pun menawarkan Trade Currency (forex) tapi dengan kos yang lebih mahal. Nanti kita bincang selanjutnya.

Berapa Besarkah Market Forex?

Jika anda Compare Market Forex (Saham Forex) Dengan Saham Stock seperti Di BSKL atau saham-saham gergasi yang ada di dunia ini. Ia diibaratkan seperti perbandingan antara Seekor Kambing dengan Dinosour. Bayangkan betapa besarnya Market Forex. Dikatakan melebihi 4 Trillion sehari jumlah matawang di dagangkan.

Wow!! Sungguh hebat!! Tapi tanpa ilmu, anda tidak akan dapat mengaut keuntungan dalam Forex, bahkan anda boleh papa kedana penangan Forex Tanpa ilmu. Anda telah jumpa laman web Kelab Forex Malaysia dan anda sangat bertuah kerana kami akan mencurahkan ilmu menjana keuntungan dari Forex Secara Percuma khas untuk membantu anda. Harap anda jelas sejelasnya dengan Apa Itu Forex.

Kita jumpa lagi di pelajaran yang seterusnya.

Leave a Comment

error: Content is protected !!